Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Monday, February 15, 2010

Bagaimana hendak melabur EMAS?

setiap pelaburan mempunyai risiko tersendiri. apabila kita hendak melabur, kita mesti mencari tempat yang mempunyai risiko yang paling minimum. dengan cara ini, maka kita boleh lihat yang mana pelaburan yang terbaik di pilih kita.

bagi saya yang mempunyai pelaburan yang paling minimum dalam sektor pelaburan adalah dengan cara mengumpul EMAS.

Kenapa EMAS?

seperti sudah saya nyatakan sebelum ini, EMAS mempunyai potensi pasaran yang amat tinggi memperolehi keuntungan berlipat kali ganda berbanding mata wang. Suka saya nyata bahawa, INFLASI akan meningkat dan nilai mata wang akan jatuh dan harga EMAS akan melambung tinggi. itulah kelebihan EMAS.

sebelum ini saya dah nyatakan makbank adalh salah satu bank menawarkan perkhidmatan serti ini. sementara itu, Public Bank(PB) juga menawarkan pelaburan emas ini. PB menawarkan pelaburan ini dengan cara bermain dengan harga emas semasa. plan pelaburan PB ini lebih kurang sama seperti Maybank, tetapi minimum pelaburan PB ini adalah sebanyak 20gram baru boleh membuka akaun Gold Investment Account(GIA).

Keuntungan yang kita dapat dalam pelaburan emas di PB adalah lebih kurang sama di Maybank. tetapi terma dan syarat PB ini adalh berlainan dengan Maybank. Apabila anda ingin membuat pelburan GIA ini, anda mesti membuka akaun GIA ini minimum 20gram, dan minimun baki dalam GIA ini adalah 2g dan ia juga mempunyai yuran perkhidmatan sebanyak RM10.00. jika hendak tahu lebih lanjut sila semak terma dan syarat GIA ini:- http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/investments/gold.html

apabila anda paham tentang GIA ini, anda boleh membuat perbandingan antara PB dan juga Maybank. dan jangan lupa cari info tentang RIBA dalam EMAS. sila rujuk website ini:- http://www.zaharuddin.net/content/view/764/100/

anda akan nampak dengan jelas, yang mana satu sesuai bagi anda. sya menyatakan ini supaya anda tidak keliru tentang pelaburan EMAS ini. kerana EMAS adalah KEKAYAAN AKHIR ZAMAN.

banyak lagi bank menawarkan pelaburan seperti ini dan anda akan lihat nanti bagaimana saya akan menerangkan KEISTIMEWAAN pelaburan ini di bank-bank tempatan.

Jadi anda tungguuu..... sambungannya ya...... InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment